mari tebar pahala yang ringan dikerjakan namun sangat bermanfaat sebagai ukhuwah :D senyum senyum senyum :D (klik gambar untuk memperbesar)
“Kamu senyum kepada saudara kamu adalah sedekah “ (Riwayat Bukhari)
Di dalam hadis ini mengajarkan
kepada kita supaya berakhlak mulia dan beradab sesama manusia. Berakhlak
mulia adalah sifat yang amat perlu dihiasi oleh setiap umat Islam dari
sekecil-kecil perkara hingga perkara yang besar. Namun malangnya ramai
dikalangan kita lebih-lebih lagi orang Islam hilang akhlak, malahan
orang yang bukan Islam lebih menjuarai adab yang baik sesama manusia
sehingga timbul rasa kasih sayang.
Sifat yang diajarkan oleh Nabi SAW di
dalam hadis ini ialah senyum. Senyuman merupakan sedekah. Sifat ini
bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicernakan dalam diri kita, namun
ianya suatu sikap yang perlu diusahakan. Sikap ini hendaklah selalu
dilatih. Latih dari hati untuk merasa senang dan kasih terhadap sesama
kita hingga ianya akan lahir perasaan itu diwajah sekalipun kita dalam
keadaan yang bermasalah. Masalah yang dihadapi bukan punca kita tidak
boleh senyum kerana itu hanyalah mainan perasaan, akan tetapi senyuman
adalah suatu sikap, bila ianya sudah menjadi sikap rutin, maka senyuman
akan bertebaran walau hati dirundung keresahan.
Senyuman bukan hanya pada mereka yang
kita kenal atau pada mereka yang dipilih, bahkan senyuman adalah milik
semua. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu kita dan orang yang berurusan
dengan kita. Dengan senyuman ianya boleh meramaikan sahabat dan
mengurangkan permusuhan serta jurangnya. Malah boleh menyuburkan suasana
harmoni, kasih sayang, serta penawar yang mujarab dalam menyelesaikan
masalah hubungan sesama manusia. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW dan di ajarkan kepada kita.
Tetapi, senyuman juga harus
diperhatikan, jangan senyum bukan pada tempatnya serta dengan tujuan dan
niat maksiat seperti senyum antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram hingga lahir perasaan yang salah. Justeru pandailah memilih yang
mana baik dan buruk untuk diamalkan. Jangan sampai senyuman sedekah
menjadi bala dan maksiat. Ini hanyalah sia-sia.
Senyumlah dan jadikan senyuman itu sikap kita, insyaALLAH dapat pahala sedekah, amal soleh, menghidupkan sunnah, melahirkan kemesraan dan inilah yang dikatakan ISLAM AGAMA MAHABBAH (kasih sayang ). WALLAHU’ALAM.
Senyumlah dan jadikan senyuman itu sikap kita, insyaALLAH dapat pahala sedekah, amal soleh, menghidupkan sunnah, melahirkan kemesraan dan inilah yang dikatakan ISLAM AGAMA MAHABBAH (kasih sayang ). WALLAHU’ALAM.
text by : http://qriuz.blogspot.com/2011/05/senyum-adalah-sedekah.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar